SURAT AKUAN DR NORHISHAM WAHAB
PENGESAHAN KEBERKESANAN MINYAK AROMA DALAM MENANGANI MASALAH KESIHATAN JEMAAH HAJI/UMRAH

Aroma Vibration Seri Wajah amat sesuai kepada para jemaah agar ibadah dapat dilakukan dalam keadaan selesa tanpa gangguan masalah-masalah kesihatan”

Dr. Norhisham Wahab
M.D (M.A) Open International University
Pengasas Aroma Vibration Seri Wajah

Aroma Vibration Seri Wajah adalah satu rumusan 7 pati bunga / tumbuhan terpilih yang dihasilkan secara saintifik menerusi konsep kelajuan cahaya dan bunyi melalui air (hidroterapi).

Hasil kajian yang paling lama dan tertua sejak perubatan Islam dipelopori oleh Ibnu Sina, kini minyak asli pati bunga ditingkatkan kehebatannya dengan dipertenagakan melalui konsep rakaman kelajuan frekuensi bunyi (infrasonik). Kajian lanjutan ini merupakan yang terkini dan pertama di dunia. Harmonise Aroma Vibration terbukti mampu merawat pelbagai jenis penyakit dengan memberikan keseimbangan serta kestabilan pada tahap emosi(perasaan), spiritual (semangat/kerohanian), mental (fikiran) dan sistem fizikal tubuh.

Berdasarkan pengalaman dan kajian yang saya jalankan terhadap para jemaah haji dan umrah (yang menjadikan minyak Aroma Vibration sebagai ubat / penawar segera) pada tahun-tahun yang lalu, adalah didapati bahawa mereka ini mampu untuk menunaikan ibadah tersebut dalam keadaan selesa tanpa gangguan masalah-masalah kesihatan seperti batuk, selsema, pecah-pecah bibir dan kulit, sesak nafas, sakit kepala, sakit otot, sakit paru-paru, cirit-birit atau sembelit, sawan dan sebagainya.

Oleh yang demikian, adalah amat penting dan bersesuaian bagi bakal-bakal haji memilikinya untuk tujuan pertahanan, kelegaan, pencegahan dan penyembuhan. Ini adalah kerana suasana di Tanah Suci amat memerlukan seseorang itu berada dalam keadaan yang seimbang dan stabil dari pelbagai aspek termasuklah spiritual, emosi, mental dan fizikal.

Sekian, wassalam.

Yang benar

JULAI 2001


AHT DINAMIK SDN BHD