BIODATA DR NORHISHAM WAHAB

“Alamilah keajaiban dan perbezaan ekstrak Alga Love Oil... hari ini!”

Dr. Norhisham Wahab
(M.D.[M.A] The Open International University)

Dr. Norhisham dilahirkan di Kuala Lumpur pada 21 April 1960. Selepas menamatkan alam persekolahan pada tahun 1985 beliau terus melibatkan diri dalam berbagai aktiviti akademik sebagai pengarang, pendidik, kaunselor dan penyelidik. Karier pertama beliau adalah membuka sendiri beberapa pusat pendidikan swasta sehingga 1992. Akhirnya beliau menukar bidang yang lebih mencabar bersesuaian dengan minat dan kemahiran semulajadi sejak di alam persekolahan lagi.

Pada peringkat awal semasa pembabitan beliau dalam bidang perubatan beliau banyak melakukan berbagai percubaan klinikal dan mengkaji kesan bunga-bungaan terhadap rangsangan spiritual, mental dan emosi kepada kesan hormon untuk mengubati pesakit yang mengalami tekanan perasaan (psikik). Oleh kerana kecenderungan yang mendalam terhadap fizik, beliau mula meneliti dan mempraktikkan realiti kebesaran alam semulajadi melalui Al-Quran dan Al Sunnah.

Beliau dengan serius membuat penyelidikan kepada alam perubatan tradisional dan perdukunan dengan tumpuan terhadap petua dan pantang larang selama tiga tahun dan akhirnya beliau dapat memecah kebuntuan alam semulajadi dalam metafizik bahawa kesemua hukum alam dan pergerakan itu diwakili satu ukuran gelombang yang sebenamya boleh diukur, dinilai malah boleh ditiru, dirakam dan digunakan semula dalam sebarang tujuan.

Pada tahun 1996 beliau menyusun satu tesis yang berkisar tentang sel dan tenaga dan berjaya memperolehi kedoktoran pada 1998 melalui The Open International University dibawah naungan WHO dan United Nation. Pada tahun berikutnya, beliau dengan semangat yang tinggi mengasaskan satu bidang rawatan yang berasaskan frekuensi bunyi melalui konsep Hidroterapi yang pertama dan seumpamanya di dunia. Beliau mengambil langkah berani dengan mengasaskan satu bidang rawatan yang terlalu baru dan kini terdapat lebih 10 buah klinik cawangan dengan keahlian lebih dan 2000 orang di seluruh negara.

Beliau juga sering dijemput untuk menyampaikan ceramah oleh pelbagai pihak. Di samping itu, beliau pernah merawat seorang pesakit "Parkinson" secara langsung di dalam rancangan Bincang Petang TV3 selama 3 siri berturut-turut. Beberapa artikel beliau turut tersiar di dalam akhbar Berita Harian, Berita Minggu, Harian Metro dan pelbagai majalah seperti Mingguan Wanita, Rias, Dewan Kosmik, Dewan Siswa dan lain-lain. Selain itu, beliau juga pernah ditemubual oleh tabloid Media Terkini, Warta Perdana, majalah Perkahwinan, Perempuan dan Pengantin.

Aktiviti beliau kini, selain membuat penyelidikan yang berterusan beliau mengendalikan kursus, bengkel dan kaunseling yang diadakan oleh para pengamal CVT di seluruh negara. Cita-cita beliau adalah ingin membuka institusi penyelidikan bagi memperkembangan perubatan Islam yang terunggul dan disegani.

Alif Harmoni Sdn Bhd